Tahanan Pertama di bawah Undang-undang Zalim yang Baru

 

Pihak penguasa Malaysia mestilah membebaskan dua warganegaranya yang kini ditahan di bawah undang-undang baru atas nama keselamatan yang menindas dengan serta-merta, jelas Amnesty International.

Pada awal Khamis tengahari yang lalu, pihak polis menahan Yazid Sufaat dan pekerjanya, Mohd Hilmi Hasim di kafetaria di Kuala Lumpur atas dakwaan kononnya mereka ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyokong pihak pengganas.

Penahanan mereka ini di bawah undang-undang baru dalam Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang mula diperkenalkan pada April yang lalu.

“Yazid dan Mohd Hilmi ditahan dengan sewenang-wenangnya di bawah satu undang-undang yang penuh dengan kecacatan dan tidak selaras dengan piawai hak asasi manusia antarabangsa”, jelas Timbalan Pengarah Amnesty Internationa Asia-Pacific, Isabelle Arradon.

SOSMA yang dikatakan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), gagal untuk mencapai piawai hak asasi manusia antarabangsa dalam beberapa bidang utama – termasuklah membenarkan pihak polis untuk menahan suspek selama 48 jam, meningkatkan risiko untuk diseksa, dan membenarkan seseorang itu ditahan tanpa pendakwaan atau pun dibawa ke mahkamah sehingga 28 hari. Pihak polis setakat ini enggan memaklumkan di manakah kedua mereka ini ditahan. Sebelum ini, Yazid pernah ditahan tanpa bicara selama lebih daripada tujuh tahun di bawah ISA sehingga beliau dibebaskan pada tahun 2008.

“Pihak penguasa Malaysia sepatutnya memaklumkan di mana Yazid dan pekerja beliau ditahan, dan benarkan mereka ini mendapat akses kepada peguam mereka,” kata Arradon.

“Tahanan pertama di bawah SOSMA ini menunjukkan bagaimana pihak penguasa Malaysia telah menggantikan satu rejim kepada rejim yang lain. Kedua-dua mereka ini sepatutnya didakwa di bawah sebuah kesalahan undang-undang jenayah yang diterima secara seluruh dunia dan bawa mereka ini ke muka pengadilan, atau bebaskan sahaja mereka.”

“Pihak penguasa Malaysia sepatutnya tidak menggunakan hak asasi untuk berkompromi atas nama keselamatan. Mereka sepatutnya meminda atau memansuhkan undang-undang keselamatan baru ini.”

Daripada memansuhkan ISA, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa terdapat 23 orang lagi ditahan tanpa bicara di Malaysia.

 

—————————————————————–

amnestyim

 

 

 

 

 

Sumber: Amnesty International Malaysia

 
Tahanan Pertama di bawah Undang-undang Zalim yang Baru  

Tags

Related Posts

  • No Related Posts

About the author